Ahad, 2 Jun 2019


MAAF CAKAP (MOTIVASI Bab 1 : Perihal 3 jenis usia)

               Seperti biasa setiap malam aku mesti tak boleh tidur, terpandang sebuah buku yang telah lama aku miliki… Buku ini aku beli pada tahun 2013 ketika buku ini baru sahaja dipasarkan dan dijual ketika ekspo buku Karangkraf di Shah Alam. Sebelum ini pernah aku habiskan bacaan buku ini tapi dah lupa isinya…Mungkin aku patot baca satu persatu balik apa yang ditulis oleh pengarang buku ini iaitu Saudara Norden Mohamad.
               Catatan pertama beliau dibawah tajuk MOTIVASI, “Perihal 3 jenis usia”. Pada mulanya beliau menceritakan pengalaman bertemu seorang sahabat lama yang bekerjaya telah berumur 55 tahun pada ketika itu, sahabat beliau menyatakan tentang fokus hidupnya kini untuk lebih banyak beribadat dan bersedekah untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya kini yang tinggal sedikit. Bercadang unutk menjual beberapa aset yang dimiliki, telah memikirkan untuk menggantikan anaknya untuk menguruskan perniagaan dan telah bertemu dangan peguam untuk membincangkan tentang pengagihan harta faraid kepada warisnya…

               Apa yang cuba disampaikan oleh penulis buku tersebut bukan kisah sahabat beliau, tetapi perihal 3 jenis usia yang yang setiap manusia akan hadapi dan dimana usia kita pada ketika ini?

1)     Usia Biologi
2)     Usia Psikologi
3)     Usia Spiritual

USIA BIOLOGI… usia ini adalah umur sebenar kita dan apa yang kita rasa pada usia kita sekarang… Mungkin bagi mereka yang masih muda atau dewasa( bawah 50 tahun ), mereka merasakan umur masih panjang, ajal belum lagi tiba untuk menjemput… Umur yang dirasai pada ketika ini dihabiskan untuk mengejar cita-cita, berseronok, berhibur dan belum sampai masa untuk bertaubat. Apabila umur telah meningkat tua, barulah terasa untuk menghabiskan masa dengan beribadat, bersedekah, dan bertaubat.
Bagi aku, masih beruntung orang yang diberikan umur yang panjang untuk sedar kesilapan diri dan sempat bertaubat, tapi bagaimana dengan mereka yang meninggalkan alam dunia ini sebelum usia tua? Meninggal tanpa sempat bertaubat? Pergi dalam keadaan penuh dengan dosa? Masa muda yang banyak dihabiskan untuk mengejar dunia semata-mata??? Aku harap aku sentiasa beringat akan nikmat usia dan peluang yang Allah masih berikan kepada aku ini…

Moga Allah sentiasa melindungi aku dari perkara-perkara yang boleh melalaikan aku kepada kematian dan akhirat. Jika dipikirkan tentang amal jariah yang pernah aku lakukan sepanjang hidup ini, sangatlah sedikit apalagi ibadat-ibadat, andai esok ajal menjemput apakah bekalan yang akan aku bawa mengadap Yang Maha Esa…

USIA PSIKOLOGI… Apa yang cuba disampaikan oleh penulis, iaitu KEMATANGAN kita… Dimankah level kematangan kita??? Sukar untuk kita jumpa kanak-kanak yang berfikiran seperti orang dewasa, tetapi begitu banyak sekali yang kita lihat orang-orang dewasa yang berfikiran seperti kanak-kanak… Didunia serba moden kini, secara jelas kita melihat orang-orang dewasa yang suka bergaduh di media sosial… Tidak kira golongan agamawan, artis-artis, ahli-ahli politik, golongan berpelajaran dan lain-lain lagi. Berperangai seperti kebudak-budakan, bergaduh, bertengkar dan menipu orang lain.

USIA SPIRITUAL… Usia ini sangat penting bagi kita sebagai umat islam. Beruntung bagi mereka yang dipanjangkan usia oleh Allah dan diberikan kesedaran tentang usia spiritualnya serta berusaha meningkatkan usia spiritualnya kearah yang lebih baik. Tetapi bagaimana dengan mereka yang usia biologinya telah jauh meningkat tetapi tidak pernah sedar tentang usia spiritualnya yang masih di takuk seperti budak sekolah rendah lagi. Moga-moga kita sentiasa berusaha meningkatkan usia spiritual kita kearah yang lebih baik setiap hari.
 

Sebagai kesimpulan, penulis menegaskan didalam tajuk ini. Dikala USIA BIOLOGI kita sedang meningkat dengan sendirinya, hendaklah kita sentiasa berusaha memastikan USIA PSIKOLOGI dan USIA SPIRITUAL juga semakin meningkat dan berkembang serta seiring dengan usia biologi kita.
Sebagai muhasabah kepada diri aku sendiri, moga-moga Allah sentiasa membimbing aku untuk terus memperbaiki diri kearah yang lebih baik dari masa ke semasa. Biarpun hanya sebesar zarah peningkatan diri yang aku buat satu hari aku sangat bersyukur, ia satu permulaan yang baik.

Norden Mohamed


MBH
Sg. Ramal Dalam, Kajang, Selangor, Malaysia
04:05
02 Jun 2019
28 RAMADHAN 1440H


Suatu Permulaan (3)….

               Hari ini sudah masuk hari ke 28 bulan Ramadhan… Tetapi aku masih di takuk yang sama, atau mungkin makin teruk… Sepatutnya di bulan yang mulia ini, semua umat islam berkejar kejar untuk mendapatkan keampunan dan beribadat sebanyak-banyaknya bagi mendapatkan keredhoan dari Yang Maha Esa.
               Aku bodoh kerana langsung tidak mengambil peluang keemasan ini berusaha beribadah sebanyak-banyaknya, mendapatkan pahala sebanyak-banyaknya buat bekalan di hari akhirat kelak. Ya Allah, pada ketika ini dimana kedudukan aku disisi Mu Ya Allah… Aku berasa sangat lemah di dalam walaupun dari sudut luar aku sentiasa nampak tenang dimata orang lain. Adakah aku ini hamba mu yang terlalu ego???


               Setiap niat baik yang aku pasang, aku selalu gagal laksanakan… Apakah yang membuatkan terlalu berat bagi aku untuk beribadat kepada Mu… Bantulah aku Ya Allah… Sesungguhnya tiada tempat lain untuk aku berserah dan memohon hajat melainkan kepada Mu… Dan setiap apa yang berlaku pada diri aku, dengan izin Mu Ya Allah dan aku sentiasa redho dengan setiap kehendak dari Mu Ya Allah….

TAMAT


MBH
Sg. Ramal Dalam, Kajang, Selangor, Malaysia
02:05
02 Jun 2019
28 RAMADHAN 1440H


Suatu permulaan (2)…


      Dalam aspek kerohanian diri aku, zero!!! Setiap hari cuba untuk mencari kekuatan mengembalikan diri kepada yang ESA… tapi aku gagal untuk bagi yang terbaik, terlalu banyak dosa yang aku telah buat, sedang buat dan mungkin bakal buat… Aku lemah… Ya Allah bimbing aku kejalan yang Engkau redhoi..

             
        Dalam aspek pekerjaan… Aku rasa aku manusia paling teruk di tempat kerja, aku tahu aku paling dibenci sebab aku pemalas, tiada disiplin, suka bergantung dengan orang lain dan macam-macam lagi… Setiap hari masuk kerja tengah hari, dan abaikan tanggungjawab… Suka menyusahkan boss aku sendiri, aku kesian kat dia sebab dia sering dipersalahkan oleh boss-boss lain atas sebab masalah yang aku buat… Bila sampai di tempat kerja, tengok cara semua orang pandang aku, dengar peril-perli dari mulut orang lain kepada aku, sebenarnya sikit pun aku tak pernah salahkan mereka dan setiap kata-kata dari mulut orang lain tu datang dengan kesedaran dalam diri yang memang aku layak dilayan dengan cara yang begitu. Aku sedar apa yang aku dah buat… Aku sedar dimana silap aku… Aku tahu yang aku kena berubah demi kebaikan semua pihak termasuk diri aku sendiri…
            
            Setiap malam sebelum tidur, aku pasang niat dalam hati… Supaya esok aku nak buat lebih baik dari hari ni…

BERSAMBUNG


MBH
Sg. Ramal Dalam, Kajang, Selangor, Malaysia
04:14
17 May 2019
12 RAMADHAN 1440H

Jumaat, 17 Mei 2019


Suatu permulaan…

 

Assalamualaikum kepada semua…

               Aku ingin mula menulis… kisah apa? Aku sendiri tak tahu, tulis apa yang terlintas di hati dan di fikiran… Mungkin sekadar untuk meluahkan apa yang dirasa atau pendapat yang ingin aku sampaikan…

               Nak meluahkan apa yang dirasa pada fb, ig, twitter atau apa-apa saja ruang media social yang lain aku rasa kurang selesa. Mungkin sebab ramai kenalan disana dan akan dianggap meroyan, mabuk, emo, dan lain-lain tanggapan yang aku rasa negative… Di sini,aku rasa mungkin tiada siapa yang akan baca…

               Post-post aku sebelum ni telah aku delete sebab aku rasa itu bukan diri aku yang sebenar, hanya copy paste kata2 orang lain, ceramah-ceramah orang lain, penulisan-penulisan orang lain dan semua nya dari orang lain, tiada yang dari jiwa aku yang sebenar…

               Aku akan cuba menulis apa saja yang aku cuba sampaikan dari jiwa aku sendiri… Untuk permulaan biarlah seminggu sekali atau dua minggu sekali, aku akan perbaiki cara penulisan aku kearah lebih baik walaupun dalam keadaan santai… Aku bukan orang akademik yang mahir untuk membuat penulisan yang sedap dibaca oleh masyarakat, tetapi aku seorang manusia yang ingin menambah baik setiap aspek dalam kehidupan aku…

               “Suatu Permulaan” ini aku tulis ketika aku dalam keadaan yang sangat “kosong”, kosong yang aku maksudkan adalah kosong dengan arah tuju… Aku rasa dalam setiap aspek hidup aku sekarang kedudukan aku paling bawah sekali…Mungkin dilantai, atau mungkin dalam tanah yang tiada siapa kisah dan pandang…


BERSAMBUNG

MBH
Sg. Ramal Dalam, Kajang, Selangor, Malaysia
04:14
17 May 2019
12 RAMADHAN 1440H

MAAF CAKAP (MOTIVASI Bab 1 : Perihal 3 jenis usia)                Seperti biasa setiap malam aku mesti tak boleh tidur, terpandang se...